fb fb fb fb fb

Pita kumpul sokongan untuk pengundian kedua calon PM

(Pita Limjaroenrat bercakap kepada media semasa akhbar selepas pertemuan dengan gabungan
lapan parti di Bangkok/File AFP)

BANGKOK, 18 Julai- Pemimpin reformis liberal, Pita Limjaroenrat yang menerajui Parti Move Forward (MFP) mengumpul sokongan untuk pengundian memilih perdana menteri selepas senator yang dilantik junta menggagalkan percubaan pertamanya.

Usaha untuk memilih kerajaan menemui jalan buntu dengan keengganan parlimen untuk menyokong pencalonan Pita yang mengetuai MFP memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Mei.

Penggubal undang-undang menganggap ikrar partinya untuk memperbaharu undang-undang fitnah diraja tidak boleh diterima dan pencalonan ahli politik berpendidikan Harvard itu minggu lalu kekurangan 51 undi.

Pita berkata gabungan lapan parti yang menyokongnya telah bersetuju untuk mencalonkan semula beliau bagi undian kedua esok.

"Kami masih berbincang untuk mencari lebih banyak sokongan," katanya kepada pemberita.

“Ada beberapa yang terlepas undi kerana tugas lain,” katanya. "Masih ada harapan mereka akan memberi undi."

Senator lantikan junta menentang cadangan MFP melonggarkan undang-undang fitnah diraja yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan. -APF

(FOTO AFP)

Media Baharu