VILLARS-SUR-OLLON, 18 Julai -Seorang pelukis Switzerland menjadikan lereng gunung di sebuah kampung sebagai kanvas lukisnya.
Pelukis berkenaan, SAYPE menghasilkan dua lukisan gergasi yang memperlihatkan kanak-kanak sedang melukis
Menurut SAYPE, dia menghasilkan lukisan gergasi itu menggunakan kapur dan juga arang.
Lukisan berkenaan dilakar diatas rumput hijau dan dapat dilihat umum dengan jelas bergantung kepada keadaan cuaca.
SAYPE turut berkata lukisan gergasi berkeluasan kira-kira 3,000 meter itu dapat dilihat daripada puncak gunung.
"Kanak-kanak mempunyai pandangan berbeza. mereka melukis pelbagai perkara.
Meski berbeza pandangan, lukisan mereka menyempurnakan antara satu sama lain", katanya.
SAYPE dikenali dengan hasil kerjanya yang terkenal iaitu "Beyond Walls" lukisan yang menggunakan semburan cat yang memaparkan tangan gergasi yang berpegangan antara satu sama lain di atas tanah di bandar yang berbeza di seluruh dunia, termasuk Berlin, Paris, Istanbul dan Cape Town.-REUTERS
(FOTO REUTERS)