fb fb fb fb fb

Ukraine aktifkan pertahanan udara di Odesa

FOTO AFP

KIEV, 18 Julai- Ukraine mula mengaktifkan pertahanan udara di pantai Odesa awal Selasa, beberapa jam selepas Rusia enggan melanjutkan perjanjian membenarkan eksport bijirin dari rantau itu.

"Kerja tempur pertahanan udara di Odesa diteruskan," kata Sergiy Bratchuk, jurucakap wilayah tentera Odessa, di Telegram.

Wilayah Odesa di selatan Ukraine adalah rumah kepada terminal maritim yang menjadi kunci kepada perjanjian eksport bijirin yang telah tamat tempoh antara Moscow dan Kiev.

Rusia menyerang selatan Ukraine dengan dron," kata ketua pentadbiran tentera wilayah Odesa, Oleg Kiper, di Telegram.

Beliau memberi amaran kepada penduduk supaya tinggal di pusat perlindungan.

Amaran udara juga diumumkan di Mykolayiv, Kherson, Zaporizhzhia, Donetsk, Kharkiv, Dnipropetrovsk, Poltava, Kirovograd dan Cherkasy.

Pencerobohan Rusia tahun lalu menyaksikan pelabuhan Laut Hitam Ukraine disekat oleh kapal perang sehingga perjanjian yang ditandatangani pada Julai 2022, membenarkan laluan eksport bijirin kritikal.

Perjanjian itu tamat pada tengah malam di Istanbul pada pukul 2100 waktu tempatan selepas Rusia menolak lanjutan, dengan alasan bahawa unsur-unsur perjanjian yang membenarkan eksport makanan dan baja Rusia tidak dihormati.- AFP


(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada 8 Julai 2023 meninggalkan mesej pada papan tanda
bertulis "Pulau Ular" semasa lawatannya ke Pulau Ular (Pulau Zmiinyi), wilayah Odesa/AFP)

 

Media Baharu