fb fb fb fb fb

Lima lagi terbunuh di Tebing Barat

Foto AFP

GAZA, 27 Ogos- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Tebing Barat.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), serangan itu menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Nur Shams.

Seorang wartawan WAFA melaporkan mendengar bunyi empat letupan kuat selepas serbuan terbabit.

Kem pelarian Nur Shams berhampiran Tulkarem seringkali menjadi sasaran Israel sejak konflik Israel-Hamas bermula Oktober lalu.

April lalu, 14 orang terbunuh dalam serangan Israel di kem berkenaan, menurut Bulan Sabit Merah Palestin.

Sehingga kini, lebih 640 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat," menurut kiraan AFP berdasarkan angka daripada Kementerian Kesihatan Palestin. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM