GAZA, 8 Mei- Serangan udara Israel di utara wilayah Palestin meragut lima lagi individu, lapor Agensi Pertahanan Awam Gaza.
Sementara itu beberapa lagi cedera dalam serangan "hari ini pada waktu subuh di rumah keluarga Abu Rayyan di bandar Beit Lahiya, utara Gaza," kata jurucakap agensi itu Mahmoud Basal.
Bagaimanapun tentera Israel masih belum mengulas mengenai serangan yang dilaporkan.
Sebelum ini, pengeboman Israel telah meragut 59 nyawa kebanyakannya di bandar Gaza.
Serangan pada Rabu itu antara yang paling dahsyat sejak Israel memulakan semula serangan ke atas Gaza selepas gencatan senjata selama dua bulan di Palestin itu rapuh dan berakhir pada 18 Mac.
Serangan Israel yang diperluaskan itu turut mendapat kecaman antarabangsa.
Sebelum ini Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang jenayah kemanusiaan di Gaza akibat perang selama 19 bulan.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, sekurang-kurangnya 2,545 orang terbunuh sejak Israel meneruskan serangannya pada Ma sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu yang maut kepada lebih 52,650.
Pada Rabu, pakar PBB menuntut tindakan untuk mengelakkan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza.- AFP