GREECE, 28 Oktober - Empat migran dilaporkan maut selepas bot yang dinaiki karam berhampiran pulau Lesbos, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun menurut Pengawal Pantai negara itu memaklumkan bahawa tujuh lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Menerusi rakaman yang dikeluarkan Pengawal Pantai Hellenic menunjukkan sebuah bot pengawal pantai menghampiri kapal yang sedang tenggelam membawa kumpulan migran.
"Kami telah menemukan empat mayat, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Kami tidak pasti sekiranya terdapat lebih ramai penumpang di atas bot tersebut," kata seorang pegawai pengawal pantai.
Ia merupakan insiden maut kedua pada Oktober melibatkan migran di perairan Lesbos, yang terletak berhampiran pantai Turkiye.- REUTERS