fb fb fb fb fb

Paul Biya menang penggal kelapan Presiden Cameroon pada usia 92 Tahun

Paul Biya/ REUTERS

YAOUNDE, 28 Oktober - Majlis Perlembagaan Cameroon mengumumkan Paul Biya, 92, memenangi penggal kelapan pada pilihan raya negara itu dengan 53.66 peratus undi sekali gus mencetuskan protes di negara itu.

Keputusan tersebut turut merekodkan bahawa Presiden Cameroon itu menjadi presiden tertua di dunia yang telah menewaskan Issa Tchiroma Bakary, yang menerima 35.19 peratus undi.

Kemenangan itu akan memanjangkan tempoh pemerintahannya selama tujuh tahun lagi, yang berpotensi mengekalkan beliau dalam jawatan sehingga hampir mencecah usia 100 tahun.

Protes penyokong pembangkang telah beberapa kali mencetuskan pertembungan dengan pasukan keselamatan sepanjang minggu lalu, selepas keputusan awal menunjukkan Biya berada di landasan untuk memenangi pilihan raya yang berlangsung pada 12 Oktober.

Setakat ini, tiada ulasan segera daripada kerajaan yang menolak dakwaan penyelewengan undi oleh pihak pembangkang.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI