fb fb fb fb fb

Lima anggota pengaman cedera akibat serangan Israel

Pasar bandar Nabatiyeh di selatan Lubnan musnah akibat serangan rejim Zionis/ AFP

BAITULMAQDIS, 13 Oktober- Sekurang-kurangnya lima anggota pengaman telah cedera dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat serangan tentera Israel di selatan Lubnan.

Misi pengaman, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) menyifatkan serangan itu "sengaja" disasarkan ke arah kedudukannya.

UNIFIL berkata, pasukan pengaman berulang kali diserang di ibu pejabat di bandar Naqura, Lubnan serta kawasan lain.

"Tindakan sedemikian mesti dihentikan serta-merta dan perlu disiasat secukupnya," kata 40 negara yang menyumbang kepada UNIFIL termasuk Indonesia, Itali dan India dalam satu kenyataan bersama pada hari Sabtu.

UNIFIL, terdiri daripada 9,500 anggota pengaman ditugaskan, untuk memantau gencatan senjata.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI