fb fb fb fb fb

Israel cipta malapetaka konflik serantau

Serangan Israel di perkampungan Kfar Tibnit di selatan Lubnan. Foto AFP

LUBNAN, 13 Oktober - Serangan berterusan rejim haram Israel memerangi Hezbollah dan Hamas mencetuskan malapetaka konflik serantau.

Amaran itu dilontar pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan susulan peningkatan serangan rejim di kedua-dua medan perang berkenaan.

Menerusi tembual dengan AFP, jurucakap pasukan itu, Andrea Teneti berkata, beliau khuatir peningkatan serangan Israel terhadap Hezbollah ketika ini boleh menjadi konflik serantau.

Menurutnya, pertempuran di pos misi PBB di selatan Lubnan hingga menyebabkan lima anggota pasukan itu cedera bukti banyak kerosakan berlaku hasil keganasan rejim.

Keadaan diburukkan lagi dengan serangan udara Israel ke atas tiga lokasi di Lubnan yang mengorban 15 nyawa meningkatkan jumlah korban kepada lebih 1,200 orang sejak konflik tercetus, 23 September lalu.

Lebih sejuta orang pula kehilangan tempat berlindung kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka atas faktor kemusnahan dan keselamatan.

Tentera Israel mendakwa kira-kira 280 kubu pejuang Hamas dan Hezbollah berjaya digempur di Lubnan dan Gaza dan Lubnan sejak hujung minggu lalu.

Trainee2