fb fb fb fb fb

Li Qiang dilantik sebagai PM baharu China

(FOTO AFP)

BEIJING, 11 Mac - Parlimen China hari ini mengesahkan Li Qiang dilantik sebagai Perdana Menteri baharu dengan tugas utama menguruskan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Pelantikan bekas Ketua Parti Komunis Shanghai itu dibuat bagi menggantikan Perdana Menteri sebelum ini, Li Keqiang yang menyandang jawatan selama dua penggal.

(FOTO AFP)

Li Qiang yang juga sekutu rapat Presiden Xi Jinping pernah berkhidmat sebagai ketua kakitangan dari 2004 hingga 2007.

Pelantikan tersebut juga sudah dijangkakan sejak Oktober lalu apabila Kongres Parti Komunis melantiknya sebagai pemimpin kedua tertinggi dalam Jawatankuasa Tetap Biro Politik parti itu.

Disifatkan sebagai seorang yang pragmatik dan mesra perniagaan, Li Qiang, 63 tahun bakal memikul tugas berat untuk merangsang pemulihan ekonomi China yang tidak seimbang sejak pandemik COVID-19.

Tahun lepas, ekonomi China berkembang hanya tiga peratus, salah satu daripada prestasi paling lemah dalam beberapa dekad berikutan pandemik COVID-19.-AFP

Media Baharu