fb fb fb fb fb

Fenomena pelik 'hujan cacing' di Beijing?

CHINA, 11 Mac - Sebuah video tersebar luas di media sosial menunjukkan fenomena pelik yang dikenali sebagai 'hujan cacing' dikatakan berlaku di ibu kota Beijing, China.

Video durasi 11 saat itu tular di TikTok menunjukan tiga buah kenderaan parkir di sepanjang jalan dihujani sejenis haiwan menyerupai seperti cacing.

Kelihatan penduduk Beijing terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri mereka agar tidak terkena hujan seolah-olah seperti cacing.

Punca kejadian "hujan cacing" itu masih belum diketahui dan warga maya mulai memberikan teori masing-masing.

Ada yang berspekulasi jika fenomena tersebut sebenarnya mungkin dari salah satu spesies pokok poplar di wilayah tersebut yang mana bentuk bunga poplar menyerupai 'ulat' dan panjang.

Bagaimanapun, pihak pemerintah China belum menjelaskan mengenai fenomena aneh tersebut.

Sementara itu, seorang wartawan tempatan, Shen Shiwei melalui Twitter berkata bahawa video yang tular itu adalah palsu dan menyatakan bahawa Beijing tidak mengalami hujan pada kebelakangan ini.

(Syot layar fenomena 'hujan cacing' yang dipercayai berlaku di Beijing/Video tular)

Media Baharu