fb fb fb fb fb

Lagi tunjuk perasaan bantah reformasi pencen di Perancis

(Foto Reuters)

PARIS, 12 Mac- Tunjuk perasaan di Paris memasuki hari ke tujuh menyaksikan ratusan ribu pemprotes turun ke jalanan membantah rancangan pembaharuan pencen oleh Presiden, Emmanuel Macron.

Laporan awal pihak berkuasa memaklumkan, kira-kira 380,000 penunjuk perasaan berarak di seluruh Perancis.

Bagaimanapun, Kesatuan CGT berkata jumlah sebenar lebih tinggi, mencecah sejuta orang.

Tunjuk perasaan bertukar ganas apabila ada yang membakar tong sampah, melontarkan sesuatu ke arah polis, menyalakan mercun dan cuba membina penghadang.

Polis terpaksa menyuraikan perusuh menggunakan gas pemedih mata dan menahan 12 individu.-REUTERS

(Tunjuk perasaan bertukar ganas apabila ada yang membakar tong sampah, melontarkan
sesuatu ke arah polis, menyalakan mercun dan cuba membina penghadang/Foto Reuters)

Media Baharu