fb fb fb fb fb

Beberapa daerah di California dilanda banjir

(Foto Reuters)

KERNVILLE, 12 Mac- Beberapa daerah di California dilanda banjir susulan paras air Sungai Kern meningkat secara mendadak akibat hujan lebat.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menjangkakan hujan lebat berterusan hari ini.

Rondaan dan pengawasan dilakukan Pegawai Kecemasan di beberapa daerah bagi mendapatkan perkembangan terkini banjir.

Pengawasan bermula dari sempadan San Diego dan Mexico ke wilayah Shasta-Cascade di utara California.-REUTERS

(Beberapa daerah di California dilanda banjir susulan paras air Sungai Kern
meningkat secara mendadak akibat hujan lebat/Foto Reuters)

Media Baharu