fb fb fb fb fb

Arab Saudi komited labur AS$600 Bilion di AS

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman selepas majlis menandatangani perjanjian dalam pertemuan dua hala di Riyadh

RIYADH, 14 Mei - Presiden Donald Trump memperoleh komitmen pelaburan AS$600 bilion dari Arab Saudi ke Amerika Syarikat pada Selasa selepas diberikan sambutan meriah oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.

Dalam majlis menandatangani perjanjian strategik meliputi sektor tenaga, pertahanan, perlombongan dan lain-lain, Trump turut memeterai perjanjian penjualan senjata bernilai hampir AS$142 bilion.

Putera Mahkota dalam ucapannya pada Forum Pelaburan Saudi-AS menyatakan lebih AS$300 bilion perjanjian telah ditandatangani, dan sasaran fasa kedua peningkatan kepada AS$1 trilion.

Antara syarikat pertahanan AS terlibat ialah dalam sektor pertahanan udara dan peluru berpandu, keselamatan maritim dan komunikasi.

Trump yang ditemani tokoh korporat seperti Elon Musk turut melawat pameran mega projek pembangunan Arab Saudi dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin pelaburan serta perniagaan negara itu.

Lawatan Trump ke teluk seterusnya meliputi Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, dengan fokus utama terhadap pelaburan, bukan isu keselamatan serantau.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI