fb fb fb fb fb

Taufan Freddy landa Mozambique, seorang maut

MAPUTO, 12 Mac- Taufan Freddy melanda Mozambique pada Sabtu dan mengakibatkan seorang maut selain menghancurkan bumbung dan sekatan di pelabuhan, kata seorang penduduk dan media tempatan

27 orang maut apabila taufan mula melanda dua minggu lepas.

Freddy, salah satu taufan paling kuat pernah direkodkan mula melanda pantai pada pukul 10.00 malam waktu tempatan (2000 GMT) selepas beberapa jam membadai pantai selatan Afrika dengan hujan.

Taufan yang melanda negara itu buat kali kedua selepas dikesan berhampiran Indonesia pada 6 Februari.

"Pekan ini adalah zon larangan; tiada kedai atau perniagaan dibuka. Semuanya ditutup. Kami dikurung," kata penduduk Vania Massingue melalui telefon dari rumahnya di penempatan pelabuhan Quelimane, yang terletak di laluan ribut di wilayah Zambezia tengah.

"Saya dapat melihat beberapa rumah yang bumbungnya ranap, tingkap pecah dan jalan raya dinaiki air. Ia sangat menakutkan."

(Pokok tumbang akibat taufan Freddy landa Mozambique/REUTERS)

Penyiar negeri TVM berkata seorang maut akibat rumahnya runtuh, dan utiliti elektrik dimatikan sepenuhnya sebagai langkah berjaga-jaga. Semua penerbangan digantung, tambahnya.

Menurut pakar meteorologi, taufan yang bergerak perlahan itu akan menyerap lebih banyak lembapan dari laut selain membawa hujan lebat.

Di seluruh dunia, perubahan iklim menjadikan taufan lebih basah, berangin dan kuat, kata saintis.

Lautan menyerap lebihan haba daripada pelepasan gas rumah hijau, dan apabila air laut suam menyejat tenaga habanya dipindahkan ke atmosfera dan mencetuskan taufan yang bahaya.

Lebih 171,000 orang terjejas selepas taufan itu melanda selatan Mozambique bulan lalu, membawa hujan lebat dan banjir yang merosakkan tanaman dan memusnahkan rumah.

Lebih setengah juta orang berisiko di Mozambique terutamanya di wilayah Zambezia, Tete, Sofala dan Nampula.

Freddy, dijangka melanda timur laut Zimbabwe, tenggara Zambia dan Malawi- REUTERS

Media Baharu