fb fb fb fb fb

Sungai Chicago diwarnai hijau, penghormatan Hari St. Patrick

CHICAGO, 12 Mac - Sungai Chicago diwarnai hijau terang, sempena acara tahunan Hari St. Patrick dengan bot-bot merentasi sungai itu.

Orang ramai berkumpul di sepanjang tebing sungai dan menyaksikan bot-bot sementara air sungainya beransur-ansur bertukar menjadi hijau terang.

Proses mewarnakan sungai bermula awal pagi dan warnanya bertahan sehingga beberapa hari.

(FOTO RUETERS)

Menurut nextcity.org acara tradisi mewarnai sungai itu telahpun bermula sejak tahun 1962. - REUTERS

Media Baharu