GAZA, 12 Mei- Hamas akan membebaskan seorang tahanan yang memiliki dua kewarganegaraan, Amerika Syarikat (AS)-Israel.
Pendedahan itu dibuat ketika pejuang pembebasan Palestin itu sedang mengadakan rundingan langsung dengan AS bagi mencapai gencatan senjata di Gaza.
"Anggota tentera Israel, Edan Alexander yang memiliki dua kewarganegaaan akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada usaha ke arah gencatan senjata.
"Serta pembukaan semula lintasan bantuan," kata Hamas dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tarikh pembebasan Alexander masih tidak diketahui.
Terdahulu, dua pegawai Hamas memberitahu AFP bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan di Doha, Qatar bersama AS.
Dilaporkan terdapat kemajuan dicapai dalam rundingan tersebut.
Sementara itu, rejim zionis terus melakukan serangan udara.
Berdasarkan laporan agensi pertahanan awam Gaza, sekurang-kurangnya 12 orang terkorban pada Ahad, termasuk empat kanak-kanak. AFP.