fb fb fb fb fb

Letusan gunung berapi Kīlauea di Hawaii papar pemandangan lava menakjubkan

Foto REUTERS

HAWAII, 24 Disember - Lava kelihatan mengalir keluar secara spektakular dari kawah gunung berapi Kīlauea pada Selasa, menerusi paparan siaran langsung oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS memaklumkan aktiviti pancutan lava bermula sekitar pukul 8.10 malam waktu tempatan dan kelihatan cahaya kemerahan serta percikan lava secara berselang-seli sepanjang hari dari ventilasi utara dan selatan.

Agensi itu menganggarkan ketinggian pancutan lava mencecah kira-kira 100 kaki atau 30 meter, dengan peningkatan aktiviti dijangka berlaku.

"Ini sememangnya perkara paling menakjubkan yang pernah saya saksikan sepanjang hidup saya dalam bidang vulkanisme Hawaii," kata ketua saintis di Hawaiian Volcano Observatory (HVO), Ken Hon.

Kīlauea merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia dan telah mengalami letusan secara berkala sejak 23 Disember 2024, menyaksikan perubahan muka bumi Taman Negara Gunung Berapi Hawaii secara dramatik, sekali gus menarik pelawat dari seluruh dunia.- REUTERS

EZA YUSMAWATI YAACOP