fb fb fb fb fb

Letupan Pelabuhan Bandar Abbas, 40 maut dan lebih 1,200 cedera

Foto Reuters

DUBAI, 28 April - Jumlah kematian akibat letupan kuat di pelabuhan terbesar Iran, Bandar Abbas, meningkat kepada sekurang-kurangnya 40 orang dengan lebih daripada 1,200 orang cedera.

Pasukan bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

Letupan pada Sabtu itu berlaku di bahagian Shahid Rajaee di pelabuhan tersebut, hab kontena terbesar Iran, kata media negara.

Kejadian itu berlaku ketika Iran sedang mengadakan pusingan ketiga rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat di Oman.

Kebakaran terus berlaku di beberapa kawasan terjejas hingga malam Ahad, menurut media negara.

Bahan kimia di pelabuhan disyaki menyebabkan letupan itu berlaku, bagaimanapun punca sebenar masih belum jelas.

Kementerian Pertahanan Iran menafikan laporan media antarabangsa yang mengatakan letupan itu mungkin berkaitan dengan salah pengendalian bahan api pepejal yang digunakan untuk peluru berpandu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF