fb fb fb fb fb

Jepun-Vietnam menandatangani perjanjian semikonduktor, tenaga bersih

Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba (kiri) dan Presiden Vietnam Luong Cuong di Istana Presiden di Hanoi/ AFP

HANOI, 28 April- Jepun dan Vietnam bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam sektor semikonduktor dan tenaga bersih ketika Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba melawat Hanoi pada Isnin.

Perkara itu sekali gus mengeratkan hubungan kedua-dua negara selepas pengumuman tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Lawatan Ishiba selama empat hari itu turut ke Filipina -- mengikuti jejak Presiden China Xi Jinping yang melakukan lawatan ke Asia Tenggara dalam usaha meletakkan Beijing sebagai alternatif stabil berbanding AS.

Ishiba dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh menandatangani empat perjanjian termasuk mengenai penyelidikan dan pembangunan dalam mikrocip serta kerjasama dua hala dalam peralihan tenaga.

Menurut kedua-dua pemimpin itu Jepun bersetuju untuk menyokong latihan kira-kira 250 pelajar kedoktoran Vietnam dalam industri semikonduktor.

Vietnam dilihat sebagai destinasi kos rendah untuk membuat pakaian, kasut dan perabot kini dalam usaha menembussi pasaran bekalan global dalam cip komputer.

Ishiba melihat potensi Vietnam dan Filipina -- bersama seluruh negara Asia Tenggara -- sebagai "pusat pertumbuhan" yang mampu memacu ekonomi dunia.

"Kami akan menyokong syarikat Jepun untuk melabur dan mengembangkan perniagaan di Vietnam dan membangunkan sumber manusia dalam bidang semikonduktor," kata Ishiba.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI