PARIS, 28 April- Sepuluh suspek dibicarakan di sini pada Isnin berhubung rompakan barang kemas bernilai kira-kira AS$10 juta dicuri daripada bintang TV realiti dan pempengaruh Amerika Syarikat (AS) Kim Kardashian pada 2016.
Kardashian, 44, mengalami trauma dan meninggalkan Paris beberapa jam selepas rompakan itu pada malam 2-3 Oktober 2016.
Namun Kardashian tidak berada di mahkamah untuk permulaan perbicaraan tetapi akan memberi keterangan pada 13 Mei depan.
Mereka yang dibicarakan merupakan sembilan lelaki dalam lingkungan 60-an dan 70-an dan seorang wanita dengan rekod jenayah lampau.
Kardashian, ketika itu berusia 35 tahun, diugut menggunakan pistol diacu ke kepala sambil diikat dengan mulutnya dilekatkan pita pelekat.
Kecurian itu adalah yang terbesar terhadap individu berprofil tinggi di Perancis dalam tempoh 20 tahun.
Perbicaraan juga akan membincangkan tindakan penjenayah sebelum melakukan rompakan ke atas Kardashian.
Ia susulan penjenayah melakukan rompakan dengan terancang dan memilih untuk melakukan jenayah ketika pengawal peribadinya tiada bersama.
Bagaimanapun siaran langsung Kardashian menerusi media sosial yang sering menayangkan kekayaannya dianggap sebagai punca penjenayah memperoleh maklumat tepat sebelum melakukan rompakan.- AFP