BAKU, 28 April- Presiden Iran Masoud Pezeshkian bertemu dengan rakan sejawatannya dari Azerbaijan Ilham Aliyev dalam satu lawatan sekali gus menunjukkan tanda baharu antara kedua-dua negara jiran itu.
Ketegangan antara kedua-duanya memuncak selama disebabkan hubungan rapat Azerbaijan dengan Israel.
Ia kemudian diburukkan lagi dengan serangan pada Januari 2023 ke atas kedutaan Azerbaijan di Tehran.
"Kedua-dua negara boleh menyelesaikan semua isu secara bersama, melalui rundingan... dan mengukuhkan hubungan, dengan saling menghormati integriti wilayah masing-masing.
"Iran akan berusaha untuk memastikan bahawa hubungannya dengan Azerbaijan adalah strategik merentasi semua bidang. Kita tidak boleh membenarkan orang lain untuk menentang kita," kata Pezeshkian dalam sidang media bersama.
Sementara itu Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata lawatan Pezeshkian "merupakan gambaran tahap tinggi hubungan antara kedua-dua negara.
"Rakyat kita hidup selama berabad-abad dalam suasana persahabatan dan persaudaraan. Hari ini, hubungan antara negeri kita berkembang atas asas yang kukuh ini," tambahnya.
Minggu lalu, Pezeshkian menyatakan hasrat untuk "meningkatkan hubungan kedua-dua negara dan serius ke arah satu matlamat" sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk "memperbaiki hubungan diplomatik".
Menurut laporan media Iran, kedua-dua negara mengadakan dua hari latihan tentera laut bersama di Laut Caspian pada November.
Namun Tehran juga menyuarakan kebimbangan bahawa wilayah Azerbaijan berpotensi digunakan rejim Zionis Israel -- pembekal senjata utama kepada Baku -- untuk melancarkan serangan ke atas Iran.- AFP