fb fb fb fb fb

Pendaki Austria maut selepas tawan Ama Dablam

Pemandangan Gunung Everest dengan Ama Dablam (kanan)/ AFP

KATHMANDU, 28 April- Seorang pendaki Austria Martin Hornegger, 64 meninggal dunia ketika menuruni pergunungan Ama Dablam yang mempunyai ketinggian 6,812 meter (22,349 kaki).

"Difahamkan dia terjatuh ketika sedang menuruni Ama Dablam dan mayatnya ditemukan di kaki puncak," kata Pengarah di Bahagian Pelancongan Gunung dan Pengembaraan Jabatan Pelancongan, Himal Gautam.

Menurut pegawai, Hornegger mendaki Ama Dablam bersama anak perempuan dan menantunya melalui khidmat agensi tempatan.

"Mayatnya dibawa ke ibu kota Kathmandu. Jabatan pelancongan sedang berbincang dengan agensi untuk membawa Hornegger pulang ke negaranya," tambah Gautam.

Nepal memiliki lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest, dan sering mengalu-alukan ratusan pendaki setiap tahun ke negara itu terutama pada musim bunga dan musim luruh.

Bentuk muka bumi mencabar serta cuaca ekstrem menjadikan lokasi pergunungan di negara itu mempunyai tarikan tersendiri terutama pendaki gunung di seluruh dunia.

Para saintis memaklumkan bahawa perubahan iklim didorong pembakaran bahan api fosil menjadikan kejadian cuaca lebih teruk selain suhu lautan yang lebih panas.

Ama Dablam, terletak di wilayah Khumbu di timur Nepal, merupakan puncak latihan yang popular untuk pendaki gunung yang bersiap sedia untuk ke Everest.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI