fb fb fb fb fb

Pelajar sekolah menengah ditahan, cederakan tujuh individu

Foto hiasan

SEOUL, 28 April- Seorang pelajar remaja menikam sekurang-kurangnya tujuh individu, empat daripadanya berada di sebuah sekolah menengah Korea Selatan mengalami kecederaan parah.

Agensi Polis Wilayah Chungbuk dalam satu kenyataan memaklumkan serangan itu berlaku sekitar 8.36 pagi di sebuah sekolah di Cheongju, 110 kilometer (70 batu) selatan Seoul.

"Seorang pelajar telah menikam seorang individu di dalam bilik darjah menggunakan pisau," menurut kenyataan itu.

Tiga individu lain yang parah termasuk seorang pengetua sekolah yang mengalami luka tikaman di perut.

Manakala dua lagi individu masing-masing seorang kakitangan awam ditikam di bahagian dada manakala petugas kebersihan sekolah itu ditikam di bahagian belakang.

Kejadian sama turut mengakibatkan tiga lagi individu mengalami kecederaan ringan. Salah seorang daripada tiga individu berkenaan memaklumkan bahawa pelajar itu cuba menikam mukanya sebelum melarikan diri.

Im, 43 memaklumkan ketika kejadian dia memandu perlahan "apabila pelajar itu datang dan mengetuk pintu".

"Saya membuka tingkap dan cuba menikam muka saya tanpa berkata apa-apa sebelum melarikan diri," kata Im.

Pelajar itu cuba melarikan diri ke taman tepi tasik berhampiran, sebelum terjun ke dalam tasik namun suspek diberkas 12 minit kemudian selepas polis Cheongju.

Bagaimanapun suspek yang merupakan remaja berusia 18 tahun itu dibawa ke hospital kerana mengalami cedera ringan.

"Kami cuba mendapatkan maklumat kejadian dan motif serangan suspek," kata seorang pegawai polis tempatan.

Polis kemudian mengesahkan mereka merampas empat senjata berbeza, termasuk pemotong kotak daripada pelajar itu.

"Dalam kes ini, pelajar berkenaan memiliki barang tersebut di dalam beg sekolah, jadi tiada guru menyedari perkara itu," kata seorang pegawai sekolah menengah dalam satu sidang media.

Penguasa Pendidikan Wilayah Chungbuk, Yoon Geon-young memaklumkan, "kejadian itu tidak dapat diramalkan dan tidak sepatutnya berlaku".

Kes itu berlaku beberapa bulan selepas seorang guru menikam seorang pelajar berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan.

Menurut statistik rasmi, Korea Selatan secara am masuh merupakan negara yang selamat, dengan kadar pembunuhan 1.3 bagi setiap 100,000 orang pada 2021, jauh bawah purata global iaitu enam bagi setiap 100,000.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI