fb fb fb fb fb

Festival sumo menangis tarik penyertaan 160 bayi

FOTO REUTERS

TOKYO, 28 April– Suasana ceria mewarnai perkarangan Kuil Senso-ji di Tokyo apabila ratusan ibu bapa bersama bayi masing-masing berkumpul bagi menyertai festival tradisional berusia 400 tahun dikenali sebagai 'Naki Sumo' atau "sumo menangis".

Dalam festival unik itu, bayi-bayi kecil diangkat dengan penuh berhati-hati oleh ahli gusti sumo, manakala sami kuil menggunakan pelbagai gaya mainan untuk menggalakkan bayi menangis.

Ia berlandaskan kepercayaan bahawa tangisan yang kuat melambangkan kesihatan yang baik serta mampu menghalau roh jahat.

Meskipun diiringi tangisan, suasana tetap meriah dan penuh dengan keceriaan apabila keluarga melihat acara ini sebagai satu upacara penting serta peluang istimewa untuk merakam detik bersejarah yang akan dikenang sepanjang hayat.

"Ada pepatah lama yang mengatakan tangisan membantu pertumbuhan yang sihat, jadi kami mahu anak kami menangis sekuatnya mengikut tradisi itu. Tetapi akhirnya dia tidak menangis pun," kata Yuji Hashikawa, 27 tahun, salah seorang bapa yang hadir.

Tradisi tersebut diadakan di seluruh Jepun sejak zaman Edo dan berakar dalam amalan Shinto bagi melindungi kanak-kanak daripada bala.

Menurut penganjur, seramai 160 bayi bersama ibu bapa masing-masing mengambil bahagian dalam festival tahun ini.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE