(Jambatan Kerch yang menghubungkan Crimea dan Russia
terbakar selepas sebuah trak meletup dekat Kerch/FOTO AFP)
MOSCOW, 10 Oktober - Penyiasat Rusia membuka kertas siasatan letupan sebahagian jambatan Crimea yang dikaitkan dengan tindakan pengganas.
Presiden Rusia Vladimir Putin, menyalahkan perkhidmatan rahsia Ukraine atas insiden itu.
Putin menuduh Ukraine bertanggungjawab kerana didakwa sengaja memusnahkan infrastruktur awam Rusia yang kritikal.
Bagaimanapun, Ukraine tidak mengaku bertanggungjawab atas letupan itu.
Sabtu lalu, bom yang membawa trak mencetuskan kebakaran besar-besaran hingga memusnahkan jalan raya dan jajaran rel menghubungkan Russia dan Semenanjung Crimea.
Dalam kejadian itu, tiga orang dilapor terkorban.
(Asap hitam memenuhi kawasan jambatan Crimea
yang meletup berhampiran Kerch, pada Sabtu/FOTO AFP)
Ketua Jawatankuasa Siasatan, Alexander Bastrykin ketika pertemuan dengan Putin berkata, kejadian itu tindakan pengganas yang didalangi perkhidmatan rahsia Ukraine.
Katanya trak itu melalui Bulgaria, Georgia, Armenia, wilayah Rusia di Utara Ossetia, kemudian Krasnodar sebelum tiba di jambatan terbabit.
Tambahnya, individu yang mengatur pergerakan trak itu juga sudah dikenal pasti penyiasat Rusia.
Jambatan Crimea merupakan logistik penting buat Moscow yang menjadi rangkaian pengangkutan utama bagi memindahkan peralatan ketenteraan askara Rusia yang bertempur di Ukraine.
Putin juga secara peribadi merasmikan struktur jambatan itu pada tahun 2018 - AFP