GUATEMALA, 10 Oktober- Hujan lebat dan limpahan sungai menyebabkan banjir di kebanyakan negeri di seluruh Guatemala pada Sabtu dan Ahad.
Palang Merah Guatemala berkata, hujan tersebut dikaitkan dengan ribut tropika Julia yang dijangka tiba di negara Amerika Tengah itu hari ini.
Pasukan berkenaan turut memindahkan penduduk terjejas banjir dari Santo Tomas de Castilla yang terletak di negeri timur laut Izabal ke kawasan lebih selamat.
(Pasukan Palang Merah memindahkan seorang kanak-kanak dari kawasan
banjir ke tempat selamat / Foto REUTERS)
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan terus memantau Sungai Santiago selepas ia mula melimpah.
Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), ribut tropika Julia bertukar daripada taufan ketika ia melintasi negara Nicaragua selepas melanda pantai Caribbeannya awal pagi Ahad dan membadai wilayah itu dengan hujan.
NHC mengekalkan amaran risiko banjir kilat yang mengancam nyawa dan banjir lumpur di seluruh Amerika Tengah dan selatan Mexico sehingga esok.
Guatemala mengaktifkan 1,855 pusat perlindungan di seluruh negara.