fb fb fb fb fb

Jepun buka pintu kepada pelancong

TOKYO, 10 Oktober - Selepas lebih dua tahun Jepun menutup 'pintunya' kepada pelancong akibat pandemik COVID-19, minggu ini sektor pelancongan kembali beroperasi bagi meransang ekonomi di negara itu.

Perdana Menteri Fumio Kishida menyasarkan untuk menarik 5 trilion yen bersamaan RM159 bilion dalam perbelanjaan pelancong tahunan.

Bagaimanapun, negara matahari terbit itu kini 'diancam' kekurangan pekerja dalam bidang hospitaliti.

Tenaga pekerja hotel merosot di hampir 73 peratus hotel termasuk di Lapangan Terbang Narita yang menyaksikan separuh daripada 260 kedai dan restorannya ditutup akibat kekurangan pekerja.

Mulai Selasa lalu, Jepun mengembalikan semula perjalanan tanpa visa kepada puluhan negara.

Jepun merupakan negara yang melaksanakan kawalan sempadan paling ketat di dunia bagi memperlahankan penularan COVID-19.

Kishida berharap sektor pelancongan kembali pulih untuk membantu ekonomi dan meraih beberapa faedah daripada kejatuhan yen ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun.

Setakat tahun ini pada 2022, hanya lebih setengah juta pelawat tiba di Jepun berbanding 31.8 juta pada 2019.

Jepun sebelum ini menyasarkan 40 juta pelancong pada 2020 dengan Sukan Olimpik Musim Panas, namun kedua-duanya dibatalkan akibat coronavirus. - REUTERS

Media Baharu