fb fb fb fb fb

76 maut lebih muatan karam di Nigeria

(Penduduk yang terjejas akibat banjir menaiki bot untuk mencari tempat perlindungan
di pantai Idah di negeri tengah Nigeria, Kogi pada tahun 2012/FOTO REUTERS)

LAGOS, 10 Oktober - Sekurang-kurangnya 76 orang maut dipercayai bot yang dinaiki mereka terlebih muatan karam di Anambara, di tenggara Nigeria pada Jumaat lalu, kata Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari.

Katanya, ketika kejadian seramai 85 orang berada di dalam bot berkenaan melibatkan di kawasan yang terjejas akibat banjir.

Memetik pejabat Buhari, bot yang terbalik itu dipercayai membawa 85 orang penduduk berikutan peningkatan banjir di kawasan Ogbaru di negeri itu.

Presiden turut mengarahkan agar bantuan kecemasan diberikan kepada mangsa.

Kemalangan membabitkan bot merupakan perkara biasa di Nigeria atas beberapa faktor kerana muatan berlebihan, kelajuan, penyelenggaraan yang lemah selain mengabaikan peraturan lalu lintas.

Sejak permulaan musim hujan, banyak wilayah di Nigeria dilanda banjir.

(Penduduk terkandas akibat banjir berikutan
hujan lebat sejak beberapa hari di Kogi, Nigeria/FOTO REUTERS)

Menurut perkhidmatan kecemasa, sejak pada tahun 2012, lebih 300 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 100,000 kehilangan tempat tinggal akibat bencana buruk yang melanda negara itu.

Ribuan tanah ladang dan tanaman juga dihanyutkan akibat banjir, sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai kekurangan makanan, kebuluran dan kelaparan di negara yang sudah bergelut dengan kesan pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine. - AFP

Media Baharu