fb fb fb fb fb

Taufan Julia badai Nicaragua

(Penduduk tempatan diarah berpindah selepas
kawasan mereka dilanda banjir kilat/FOTO REUTERS)

BLUEFIELDS, 10 Oktober - Taufan Julia membadai Nicaragua membawa angin dan hujan lebat serta banjir kilat dan tanah runtuh.

Angin berterusan maksimum dianggar pada kelajuan 140 kilometer sejam hingga boleh mengancam nyawa.

Bekalan elektrik dan air terputus menyaksikan beberapa rumah tidak berbumbung dan banyak pokok tumbang sehingga menyebabkan kerosakan teruk di bandar pantai Bluefields.

Walaupun tiada kematian dilaporkan namun negara itu kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Kira-kira sejuta penduduk kawasan pantai Nicaragua kehilangan kuasa eletrik dan talian internet terputus selepas kerajaan memutuskan untuk memotong bekalan elektrik atas faktor keselematan, menurut Naib Presiden Rosario Murillo.

(Penduduk tempatan melihat rumah yang rosak
terjejas akibat dibadai taufan Julia/FOTO REUTERS)

Sistem Bencana Kebangsaan Nicaragua menerusi Twitter pada Ahad memaklumkan bahawa seluruh negara diberi amaran untuk berjaga-jaga selepas negara itu dilanda hujan lebat dan banjir.

Lebih 13, 000 keluarga telah dipindahkan dan lebih 800 rumah ditenggelami air yang mengakibatkan bumbung telah rosak. - REUTERS

Media Baharu