fb fb fb fb fb

Letupan gas di Nairobi: Dua terbunuh, 222 lagi cedera

Penduduk melarikan diri untuk berlindung daripada letupan di kawasan Embakasi Nairobi hari ini/FOTO AFP

NAIROBI, 2 Februari - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 222 lagi cedera dalam kebakaran besar disebabkan letupan gas di ibu negara Kenya, Nairobi pada malam tadi, menurut jurucakap kerajaan.

Terdahulu AFP melaporkan 300 orang cedera dalam kejadian itu.

"Tindakan pantas dari pelbagai unit tindak pasukan penyelamat telah memindahkan seramai 271 individu ke pusat kesihatan yang berbeza di Nairobi," kata Palang Merah Kenya menerusi Twitter hari ini.

Manakala 27 orang lagi masih dirawat di lokasi kejadian.

Jurucakap kerajaan, Isaac Miagua Mwaura berkata kejadian berlaku pada malam semalam di kawasan kejiranan Embakasi di tenggara ibu negara.

"Sebuah lori dengan nombor pendaftaran yang tidak dikenali sarat dengan muatan gas telah pun meletup, api semakin marak menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat," katanya.

"Akibat kejadian itu, api yang marak turut merosakkan beberapa kenderaan dan hartanah komersial, termasuk menjejaskan perniagaan kecil dan sederhana.

"Malangnya, rumah-rumah kediaman di kawasan kejiranan juga terbakar, dengan sebilangan besar penduduk masih berada di dalam rumah masing-masing kerana kejadian pada lewat malam," katanya.

Kira-kira pada 6:30 pagi waktu tempatan (3.30 pagi waktu Malaysia), anggota bomba masih berusaha untuk mengawal kebakaran.

Kelihatan asap hitam berkepul-kepul ke udara dari pinggir bandar itu. - AFP

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN