fb fb fb fb fb

Letupan bergema di Kiev, unit pertahanan udara guna dron Rusia

Foto Fail

KIEV, 16 Disember - Satu siri letupan bergema di seluruh ibu negara Ukraine awal hari ini ketika unit pertahanan udara menggunakan dron Rusia, kata saksi Reuters.

Letupan dilaporkan berlaku di tebing Sungai Dnipro yang merentasi bandar itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan serius dilaporkan.

Datuk Bandar, Vitali Klitschko berkata unit antipesawat telah mula bertindak ketika kumpulan dron terbang berhampiran bandar itu.

Katanya, tentera Rusia menyasarkan kawasan berhampiran pusat bandar iaitu di daerah Darnytskyi di tebing timur Dnipro dan Podil.

Saksi melaporkan letupan kuat berlaku sejurus selepas tengah malam dan berselang 45 minit kemudiannya, terdapat beberapa lagi letupan di daerah tengah Kiev.

Pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan serangan peluru berpandu di kawasan wilayah Kiev sekitar ibu kota, di mana letupan turut dilaporkan.

Amaran serbuan udara kekal berkuat kuasa di sebilangan besar wilayah yang merentangi wilayah tengah negara.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN