BEIRUT, 15 Disember- Tentera Israel menjatuhkan risalah di beberapa kawasan di selatan Lubnan pada Jumaat.
Risalah tersebut memberi amaran terhadap rakyat Lubnan agar tidak membantu pejuang Hezbollah dalam peperangan menentang rejim Zionis tersebut', kata para penduduk.
"Awal pagi Jumaat, sebuah dron telah menggugurkan risalah di beberapa kampung", kata seorang penduduk Kfarshuba berhampiran sempadan, yang meminta namanya dirahsiakan kerana kebimbangan akan keselamatannya.
“Kepada penduduk di selatan Lubnan, kami (Israel) memaklumkan kepada anda bahawa pengganas Hizbullah sedang menyusup masuk ke dalam rumah dan tanah anda,” tulis tentera Israel pada risalah berkenaan.
"Anda mesti menghentikan perbuatan tersebut demi keselamatan anda sendiri,"
Teks itu turut memberi amaran kepada penduduk bahawa membantu Hizbullah akan mendedahkan mereka "kepada bahaya.
Penduduk di sepanjang sempadan Lubnan berkata tentera Israel telah meningkatkan pengeboman ke atas perkampungan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Sejak insiden berbalas tembakan di sempadan yang bermula Oktober lalu, lebih 120 orang telah terbunuh, kebanyakannya pejuang Hizbollah termasuk seorang askar Lubnan dan 17 orang awam.
Taktik menggugurkan risalah di selatan pernah digunakan tentera Israel ketika konflik dengan Hezbollah pada 2006.-AFP