fb fb fb fb fb

Letupan bas di Kabul, Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab

FOTO amutv

KABUL, 7 Januari- Kumpulan pemberontak Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap letupan sebuah bas yang mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 14 yang lain cedera.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan kejiranan yang rata-ratanya dihuni oleh Syiah di sini.

Jurucakap Polis Kabul, Khalid Zadran berkata letupan berlaku di bandar Dasht-e-Barchi sebuah kawasan yang diduduki oleh komuniti Hazra yang sering ditindas oleh pemerintah Afghanistan sejak dari dulu.

"Maklumat awal menyatakan dua penumpang bas berkenaan telah terbunuh, manakala 14 yang lain cedera dalam insiden berkenaan.

"Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital", Kata Khalid dalam satu kenyataan.

Kumpulan Negara Islam (IS) menerusi kenyataan di Telegram mengaku mendalangi insiden berkenaan.

Insiden letupan itu antara yang terbaharu di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Pada November tahun lalu, Kumpulan IS turut mengaku bertanggungjawab kepada letupan sebuah bas yang mengakibatkan kira-kira 7 penumpang terbunuh..

Jumlah letupan bom dan serangan berani mati di Afghanistan berkurangan secara mendadak sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos 2021, menggulingkan kerajaan yang disokong AS.

Namun, beberapa kumpulan bersenjata termasuk IS kekal menjadi ancaman kepada rakyat Afghanistan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD