fb fb fb fb fb

Serangan peluru berpandu Rusia bunuh 11 individu di timur Ukraine

Pasukan penyelamat di kawasan bandar Pokrovsk berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine, di wilayah Donetsk, Ukraine/REUTERS

UKRAINE, 7 Januari- Serangan peluru berpandu Rusia membunuh 11 orang dan mencederakan 10 pada hari Sabtu di dalam dan sekitar bandar Pokrovsk di timur Ukraine, kata gabenor wilayah Donetsk.

Lima daripada yang maut adalah kanak-kanak. Pegawai PBB di Ukraine melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.

Usaha menyelamat dilanjutkan sehingga malam. Gambar yang disiarkan dalam talian oleh gabenor wilayah Vadym Filashkin menunjukkan pasukan menapis timbunan runtuhan dalam gelap serta kenderaan yang terbakar.

Filashkin dalam satu temu buat dengan satu televisyen Ukraine berkata, tentera Rusia kira-kira pukul 3.00 petang waktu temapatan "menyasarkan serangan" dengan peluru berpandu S-300 ke Pokrovsk .

"Akibat serangan ini, 11 orang maut termasuk lima kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun," katanya.

"Sepuluh orang cedera. Operasi menyelamat diteruskan. Menjelang pagi kita akan mempunyai jumlah terkini berkenaan penduduk yang cedera."

Filashkin sebelum ini berkata, serangan utama itu menyasarkan bandar Pokrovsk dan kampung berhampiran yang terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat wilayah Donetsk.

Tentera Rusia, "cuba untuk menimbulkan kekacauan sebanyak mungkin ke atas tanah kami."

Presiden Volodymyr Zelenskiy, dalam ucapan video berkata, serangan itu "hanya menyasarkan rumah persendirian biasa. Rusia mesti bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI