fb fb fb fb fb

Lelaki dipenjara selepas rempuh murid sekolah di Osaka

Gambar berkenaan menunjukkan kereta yang digunakan suspek untuk melanggar kumpulan murid sekolah berkenaan/Reuters

OSAKA, 2 Mei- Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan pihak berkuasa atas tuduhan cubaan membunuh, selepas merempuh sekumpulan murid sekolah rendah menggunakan kereta sewa di Osaka, 1 Mei lalu.

Suspek dipercayai sengaja melanggar tujuh orang murid ketika mereka sedang berjalan pulang dari sekolah.

Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius termasuk seorang dengan rahang bawah patah manakala lima lagi mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mereka telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut laporan awal polis, suspek menjelaskan bahawa dia “bosan dengan segalanya” dan sengaja merempuh kumpulan murid itu dengan niat untuk membunuh.

Hasil siasatan turut mendapati tiada kesan brek di lokasi kejadian, menunjukkan tiada usaha untuk memberhentikan kenderaan semasa insiden berlaku.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM