fb fb fb fb fb

Lelaki didakwa bunuh 11 pengunjung di Festival Komuniti Filipina, di Vancouver

Foto Reuters

VANCOUVER, 28 April - Seorang penduduk Vancouver didakwa oleh Pendakwa raya Kanada atas tuduhan membunuh sekurang-kurangnya 11 orang selepas merempuh dengan di festival komuniti Filipina di bandar Vancouver, Kanada barat, kata pihak polis pada Ahad.

Mangsa yang terbunuh berusia 5 hingga 65 tahun.

Lelaki tersebut, Kai-Ji Adam Lo, didakwa dengan lapan tuduhan membunuh oleh pendakwa raya di British Columbia dan "tuduhan lanjut dijangka akan dikenakan," menurut satu hantaran di X Polis Vancouver.

Lo muncul di mahkamah pada Ahad, beberapa jam selepas polis menangkapnya di tempat kejadian pada malam Sabtu.

Dokumen mahkamah yang dilihat Reuters tidak menunjukkan sebarang pengakuan.

Pihak berkuasa menggambarkan Lo sebagai mempunyai "sejarah interaksi yang signifikan" dengan pihak berkuasa berkaitan masalah kesihatan mental.

"Hari ini adalah hari yang paling gelap dalam sejarah bandar kita," kata Ketua Polis Sementara Vancouver, Steve Rai, kepada wartawan dalam satu sidang media pada Ahad.

Lebih daripada 100 anggota polis menyertai siasatan itu, sementara pegawai tempatan bekerjasama dengan pihak berkuasa wilayah dan persekutuan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan.

Seluruh dunia menyampaikan mesej ucapan takziah dan sokongan kepada mangsa dan keluarga terlibat.

"Komuniti akan merasai ini untuk waktu yang lama," kata RJ Aquino, pengerusi kumpulan advokasi komuniti Filipino BC, kepada wartawan. "Kami ingin memberitahu semua orang bahawa kami sedang berduka. Kami ingin memberitahu semua orang bahawa kami melihat dan mendengar sokongan dari seluruh dunia pada masa ini." - REUTERS

TETITIA YUSOFF