fb fb fb fb fb

Lelaki Crimea dipenjara 15 tahun dituduh pengintip Ukraine

Crimea telah dianeksasi (diambil alih) oleh Rusia pada tahun 2014/Foto AFP

MOSCOW, 4 Disember - Seorang lelaki berusia 45 tahun di Crimea, wilayah dikenakan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan pengkhianatan selepas didapati mengintip untuk Ukraine.

Lelaki itu didakwa memberikan maklumat lokasi unit pertahanan udara Rusia di bandar Kerch kepada perisik Ukraine pada September tahun lalu.

Menurut pejabat pendakwa Rusia, lelaki tersebut secara sukarela menawarkan kerjasama kepada perkhidmatan keselamatan Ukraine.

Kes ini dibicarakan secara tertutup, seperti kebiasaan di Rusia.

Lazimnya, Rusia kerap menjatuhkan hukuman berat terhadap individu yang didakwa mengintip untuk Ukraine, terutama di Crimea, yang dirampas dari Ukraine pada tahun 2014.

Lelaki ini dilaporkan bekerja di landasan kereta api sebelum ditahan.

GRACE AISYAH KEDAYAN