BANGKOK, 4 Disember - Jumlah korban akibat banjir besar di selatan Thailand meningkat kepada 29 orang, dengan lebih 30,000 penduduk terpaksa berpindah dari kediaman mereka.
Lima wilayah terjejas, termasuk Pattani, Narathiwat, Songkhla, Nakhon Si Thammarat, dan Phatthalung, melibatkan lebih 155,000 isi rumah.
Kerajaan Thailand telah mengerahkan pasukan penyelamat, memperuntukkan 50 juta baht (RM6.7 juta) bagi setiap wilayah untuk bantuan banjir.
Pada Selasa, kabinet Thailand memberikan bantuan RM1,200 kepada setiap keluarga yang terkesan.
Pasukan kesihatan mental turut dikerahkan untuk membantu mangsa menghadapi trauma.
Hujan lebat dijangka berterusan, dengan risiko tanah runtuh dan banjir kilat sehingga 5 Disember.
Banjir ini turut memberi kesan kepada Malaysia, di mana puluhan ribu penduduk turut kehilangan tempat tinggal. - AFP