fb fb fb fb fb

Lelaki bersenjatakan pedang Samurai ditahan, cederakan lima mangsa

Foto AFP

LONDON, 30 April- Seorang lelaki berusia 36 tahun yang bersenjatakan pedang ditangkap polis di Hainault, timur London pada Selasa selepas dilapor menyerang dan mencederakan orang awam.

Pihak berkuasa menerima panggilan daripada orang awam sekitar pukul 7.00 pagi waktu tempatan, menjelaskan bahawa suspek menaiki sebuah kenderaan, memasuki sebuah rumah dan telah menikam beberapa orang ramai.

“Pada masa ini, kami difahamkan suspek terus menyerang orang awam dan dua pegawai polis."

"Kami sedang menunggu maklumat terkini mengenai keadaan mereka yang cedera,” menurut satu kenyataan.

Pasukan perkhidmatan Ambulans London membawa kesemua mangsa ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut, namun tiada laporan kesihatan semasa mereka, setakat ini.

Timbalan Asisten Komisioner, Ade Adelekan berkata insiden yang berlaku tidak diklasifikasikan sebagai dengan keganasan.

Rakaman video dan gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan suspek yang berada di kawasan perumahan, membawa pedang jenis Samurai.

Sementara itu, Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata beliau "benar-benar hancur" mendengar kejadian itu dan berhubung rapat dengan pesuruhjaya polis tempatan mengenai kes berkenaan.

"Pejabat polis dan perkhidmatan kecemasan memberikan perkhidmatan terbaik di bandar kami, menempuh bahaya untuk melindungi orang ramai dan saya berterima kasih kepada mereka dari lubuk hati saya," katanya.

Menurut statistik rasmi, jenayah pisau meningkat di London sebanyak 20 peratus pada 2023, dengan 14,577 kesalahan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM