fb fb fb fb fb

Lelaki bawa bahan letupan ke dalam kapal terbang ditahan FBI

(Suspek, Mark Muffley sedang mengusung dua beg dikesan melalui kamera litar tertutup
di Lapangan Terbang Antarabangsa Lehigh Valley / TWITTER)

NEW YORK, 2 Mac- FBI telah menahan seorang lelaki yang didakwa cuba membawa bahan letupan ke dalam kapal terbang di Pennsylvania, kata pihak berkuasa AS hari ini.

Bom itu ditemui oleh kakitangan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) pada Isnin, selepas beg milik lelaki itu menghidupkan penggera di Lapangan Terbang Antarabangsa Lehigh Valley di bandar Allentown, kata agensi persekutuan itu dalam satu kenyataan.

Satu bahagian lapangan terbang, yang terletak kira-kira 100 batu (160 kilometer) barat New York, telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga, kata TSA.

“FBI dan juruteknik bom megesahkan bahawa barang itu sememangnya alat letupan hidup,” kata jurucakap TSA Lisa Farbstein di Twitter.

Bahan letupan itu, menurut pemfailan mahkamah, adalah bungkusan bulat bahan seperti serbuk yang dibalut dengan bungkus plastik, dengan fius dipasang dan tersembunyi di dalam lapisan beg.

Pakar tempatan mengesahkan "bahan itu mempunyai kekuatan seperti bunga api gred komersial," kata pemfailan mahkamah, yang diterbitkan oleh laman media Axios.

Beg itu juga mengandungi tin gas, dua alur keluar kuasa yang dilekatkan bersama, dan paip dengan "sisa serbuk putih" di atasnya.

Suspek, dikenali sebagai Mark Muffley, meninggalkan lapangan terbang selepas menyedari namanya dipanggil ke meja keselamatan, namun akhirnya ditahan di rumahnya.-AFP


(Suspek, Mark Muffley dikesan melalui kamera litar tertutup Lapangan

Terbang Antarabangsa Lehigh Valley / TWITTER)

Media Baharu