fb fb fb fb fb

Costa Rica dan Ecuador meterai perjanjian perdagangan

(Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves dan rakan sejawatannya dari Ecuador, Guillermo Lasso / AFP)

SAN JOSE, 2 Mac- Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves dan rakan sejawatannya dari Ecuador, Guillermo Lasso menandatangani perjanjian perdagangan antara kedua-dua negara pada Rabu di San Jose.

Perjanjian tersebut adalah satu persetujuan ke arah "jalan perdagangan terbuka" dalam menghadapi kecenderungan perlindungan, kata Chaves.

Perjanjian itu memberi tumpuan kepada eksport barangan, serta memudahkan perbincangan mengenai amalan terbaik untuk isu berkaitan jantina dalam perdagangan, hak pekerja, alam sekitar dan tanggungjawab korporat, menurut kenyataan presiden Ecuador.

Menurut Chaves, perjanjian itu adalah bukti perkongsian ideal bahawa sektor swasta harus menjana kekayaan bersama-sama dengan sektor awam.

"Apa yang kami tandatangani hari ini ibarat situasi menang-menang, bermakna lebih banyak Costa Rica di Ecuador dan lebih banyak Ecuador di Costa Rica," kata Guillermo Lasso sambil memuji perjanjian perdagangan itu akan membuka peluang pekerjaan dibawa ke negaranya.

Pelan itu akan menawarkan akses keutamaan kepada 97% daripada eksport Ecuador ke Costa Rica, termasuk kertas, tekstil dan produk perikanan, menurut satu kenyataan daripada presiden Ecuador.

Produk Costa Rica yang dilindungi di bawah perjanjian itu termasuk bahan mentah seperti keluli dan besi, bersama dengan bekalan perubatan. -AFP


(Presiden Costa Rica Rodrigo Chaves dan rakan sejawatan dari Ecuador, Guillermo Lasso / AFP)

Media Baharu