fb fb fb fb fb

Penduduk Turkiye tetap mengundi pada 14 Mei

(Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan keluar dari bilik mengundi di pusat mengundi di Istanbul pada 1 November 2015/FOTO Fail AFP)

ISTANBUL, 2 Mac - Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu menolak untuk menangguhkan pilihan raya selepas gempa bumi kuat yang menyebabkan puluhan ribu penduduk terkorban, dengan menyatakan ia tetap diadakan pada 14 Mei.

“Penduduk Turkiye akan melakukan apa yang diperlukan pada 14 Mei ini,” katanya kepada penggubal undang-undang pada sidang parlimen di Ankara.

Pemimpin Turkiye itu sebelum ini mencadangkan mengadakan pilihan raya pada 14 Mei sekali gus mengekalkan kerajaannya yang berteraskan Islam sehingga 2028.

Namun selepas gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 45,000 nyawa di Turkiye, wujudnya keraguan sama ada pengundian itu boleh diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Bulan lalu, Erdogan mengumumkan perintah darurat selama tiga bulan di 11 wilayah terjejas gempa itu, dan kawasan berkenaan masih mengalami gempa susulan yang mungkin menyebabkan sukar untuk kempen pilihan raya diadakan di situ. - AFP

(Erdogan dengan Ketua Parti Nasionalis MHP bergambar bersama anggota pasukan penyelamat di bencana Turkiye di Adiyaman pada 27 Februari lalu/FOTO AFP)

Media Baharu