SEOUL, 22 Februari- Lebih 8,000 doktor pelatih meletak jawatan dan melancarkan mogok besar-besaran.
Menurut kementerian kesihatan, angka berkenaan bersamaan dengan 71 peratus daripada keseluruhan doktor pemastautin dan pelatih di 100 hospital utama di Korea Selatan.
Situasi itu sekali gus meningkatkan kebimbangan dalam kalangan pesakit di Korea Selatan apabila jabatan kecemasan di tiga hospital terbesar di negara itu dalam keadaan berjaga-jaga.
Protes bantahan itu semakin meningkat selepas kerajaan menyatakan rancangan untuk meningkatkan kemasukan ke sekolah perubatan.
Jelas wakil doktor pelatih, perubahan itu akan menjejaskan penyediaan perkhidmatan dan kualiti pendidikan.
Kerajaan juga mengancam untuk menangkap doktor yang mengetuai pembubaran itu.- AFP