fb fb fb fb fb

Junta Myanmar tingkat serangan awam, paksa golongan belia sertai tentera

Foto Reuters

YANGON, 22 Februari- Junta Myanmar telah menggandakan serangan ke atas orang awam dan menunjukkan tanda-tanda terdesak mewajibkan kerahan tentera.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Thomas Andrews dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sejak beberapa bulan lalu, golongan belia diculik atau dipaksa menyertai perkhidmatan tentera.

"Junta memaksa lelaki dan wanita muda memasuki barisan tentera dan ia telah menggandakan serangannya terhadap orang awam menggunakan simpanan senjata yang ada," kata kenyataan itu.

Tindakan itu telah menakutkan golongan muda, dengan kemungkinan dipaksa untuk mengambil bahagian dalam pemerintahan junta.

Jumlah individu yang melarikan diri merentasi sempadan juga dilapor meningkat.

Junta menghadapi tentangan meluas terhadap tiga tahun pemerintahan selepas merampas kuasa daripada kerajaan awam yang dipilih.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM