fb fb fb fb fb

Lebih 500 maut akibat gelombang haba di Sepanyol

(Anggota bomba sedang memadam kebakaran hutan di pinggir bandar Athens/AFP))

MADRID,21 Julai- Gelombang haba yang melanda Sepanyol menyebabkan lebih 500 orang maut dalam temoh 10 hari, kata Perdana Menteri Pedro Sanchez.

"Semasa gelombang panas ini, lebih 500 orang maut kerana suhu yang begitu tinggi, menurut statistik," kata Sanchez, merujuk kepada anggaran Institut Kesihatan Awam.

"Saya meminta rakyat supaya berhati-hati," katanya sambil menyatakan "kecemasan iklim adalah realiti".

Sepanyol dicengkam gelombang haba yang menjejaskan sebahagian besar Eropah Barat, dengan suhu setinggi 45 darjah Celsius (113 darjah Fahrenheit) di beberapa wilayah minggu lalu, mencetuskan berpuluh-puluh kebakaran hutan.

(Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menggesa orang ramai supaya 'berhati-hati'/AFP)

Sanchez memetik angka daripada Institut Kesihatan Carlos III yang menganggarkan jumlah kematian berkaitan haba.

Ia sekadar anggaran statistik dan bukan rekod kematian rasmi. -AFP

Media Baharu