(Setiausaha Luar, Liz Truss dan Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak/AFP)
LONDON, 20 Julai - Bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Setiausaha Luar, Liz Truss akan bertanding dalam beberapa minggu akan datang untuk menjadi Perdana Menteri baharu Britain.
Sunak berjaya meraih 137 undi dalam undian penyingkiran kelima dan terakhir melibatkan ahli parlimen Parti Konservatif manakala Truss menduduki tempat kedua dengan 113 undi.
Hanya lapan undi melebihi bekas Setiausaha Pertahanan, Penny Mordaunt yang memperoleh 105 undi.
Ahli Parti Konservatif seterusnya akan memutuskan pemimpin baharu dan perdana menteri selepas beberapa siri pemburuan di seluruh negara pada bulan depan.
Walaupun keputusan hanya akan diumumkan pada 5 September, Britain sudah dijamin mendapat sama ada Perdana Menteri berkulit hitam pertamanya, atau pemimpin wanita ketiganya.
Peletakan jawatan Sunak sebagai Menteri Kewangan bulan ini membantu menggulingkan bekas Perdana Menteri, Boris Johnson terpalit pelbagai skandal selama berbulan-bulan termasuk skandal "Partygate". -AFP
(Bekas Perdana Menteri, Boris Johnson/AFP)