fb fb fb fb fb

Lebih 330 terbunuh selepas Daesh serang penjara Syria

FOTO AFP

SYRIA, 31 JANUARI - Lebih 330 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit sejak militan Daesh menyerang penjara di Syria.

Daesh melancarkan serangan terbesar pada 20 Januari lalu terhadap Penjara Ghwayran di Hasakeh.

Seranagn itu bagi membebaskan rakan seperjuangan mereka di penjara yang dikuasai puak Kurdis.

Semalam, Pasukan Demokratik Syria yang disokong Amerika Syarikat menemui 50 lagi mayat di kompleks penjara dan kawasan berdekatan.

Kematian akibat pertempuran sengit itu meningkat kepada 332 mangsa.

Pasukan Pemantau Perang Syria, memberitahu , 246 anggota Daesh, 79 pejuang Kurdis dan tujuh orang awam antara yang dilaporkan terbunuh setakat ini.

 

Media Baharu