FOTO REUTERS
WELLINGTON, 31 Januari - Keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Isnin disahkan negatif.
Beliau bagaimanapun akan terus menjalani pengasingan dan kuarantin kendiri hingga Selasa mengikut garis panduan kesihatan yang ditetapkan.
Ardern menjalani ujian saringan COVID-19 pada Ahad selepas menjadi kontak rapat kepada orang yang dijangkiti ketika dalam penerbangan ke Auckland.
"Keputusan yang diterima Perdana Menteri adalah negatif. Selaras panduan Kementerian Kesihatan beliau akan meneruskan kuarantin kendiri hingga Selasa (1 Februari) atau seperti yang dinasihatkan oleh Kesihatan Awam," menurut jurucakap Ardern.
Kakitangan lain yang berada dalam penerbangan itu juga telah menjalani kuarantin kendiri dan melakukan pengasingan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-REUTERS