SERBIA, 31 Januari - Beratus-ratus penunjuk perasaan di Belgrade, Serbia menggesa kerajaan mengatasi masalah pencemaran udara yang 'meragut' banyak nyawa.
Penunjuk perasaan berarak melalui pusat bandar Belgrade ke pejabat utama kerajaan.
Lilin dinyalakan untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia akibat kualiti udara yang buruk di negara itu.
Serbia mempunyai kadar kematian tertinggi akibat pencemaran udara di Eropah dan antara yang tertinggi di dunia.
Menurut Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Serbia merekodkan 5 kematian bagi setiap 100,000 orang akibat pencemaran udara pada 2016.